AGONG BAHARU – PEMIMPIN WIBAWA BERJIWA JELATA

by Zhameir Shafiq Mohd Ilias

Majlis Raja-Raja dalam mesyuaratnya ke-263 pada 27 Oktober 2023 telah bersetuju mengisytiharkan, Sultan lbrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor untuk dipilih sebagai Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, selama tempoh lima tahun mulai 31 Januari 2024 – lantas menjadikan Baginda sebagai YDPA ke-17 dalam sejarah sistem pemerintahan bergilir yang unik di Malaysia dan buat julung kalinya juga, Baginda memegang jawatan tersebut selepas 34 tahun pemerintahan ayahandanya, Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, YDPA ke-8 pada 1984.

Khabar pelantikan Baginda sebagai YDPA yang baharu ternyata diterima dalam pelbagai nada dan nuansa dalam kalangan jelata. Rata-ratanya melihat kehadiran sosok Sultan Ibrahim di peringkat pusat ini bakal menganjak dinamika hubungan antara istana dan Kerajaan Persekutuan ke satu lembaran yang lebih menarik untuk diperhatikan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top